Pages

Friday 16 September 2011

Terima kasih buat semua rider-rider....u all memang best giler beb!!!


SETINGGI penghargaan dan ucapan terima kasih kepada peserta yang telah menyertai program Jamboree Berbasikal UMK 2011  Sempena Konvokesyen Pertama UMK pada hari ini. Syabas dan tahniah kerana telah berjaya menamatkan cabaran trek yang boleh dikatakan belum lagi bersedia lagi dijamah dan diratah oleh rider-rider yang begitu rakus.
  

Mungkin, separuh dari rider –rider bersantai terlalu lama selepas berpuasa sebulan dan menyambut raya seminggu dua ini.



Walaupun, penganjuran agak belum sempurna  kerana pertama kali dianjurkan namun ternyata objektif Program Jamboree Berbasikal UMK 2011 anjuran Kelab Berbasikal UMK (UMK MTB Club) dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, UMK, dan Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.



Buat semua rider dan brader fixie pihak urusetia mohon berjuta maaf sekiranya berlaku kesilapan dan kekurangan di pihak penganjur. Bagi kami, program ini adalah satu pengalaman berguna untuk kami baiki kelemahan dan kesilapan yang serba kekurangan.Selain, untuk menguji mental dan fizikal, tujuan kami menganjurkan program ini ialah menggalakkan lagi gaya hidup sihat dan membina ikatan persahabatan dalam aktiviti lasak.



Trek kampus UMK, Bachok, yang belum disentuh sesiapa pun memberi cabaran kepada peserta dari segi halangan kekuatan mental dan fizikal. Program ini juga bertujuan menghangatkan lagi pesta konvo sempena Konvokesyen UMK melalui program Jamboree yang menyediakan laluan dan jarak yang berbeza mengikut kategori iaitu Fun Ride (Fixied Bike) sejauh 28 kilometer, Road Bike Race sejauh 60 kilometer dan Moutain Bike sejauh 30 kilometer.


sedikit info, sehingga kini UMK MTB Club telah  menjalankan pelbagai aktiviti seperti menyertai kejohanan Sukan Staf Universiti-Universiti Malaysia (SUKUM) ke-36 di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka, Night Fun Ride 2011 di Tanjung Keling, Melaka, Program Kayuhan Kibar Bendera UMK Sempena Bulan Kemerdekaan, Program Gateh Sihat 2011 dan pelbagai aktiviti kayuhan sekitar Kelantan.




Pihak kami menganjur Jamboree Berbasikal 2011 dibuat untuk melihat kemampuan sebenar ahli kelab supaya  lebih bersatu, kuat dan mampu bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan dalam satu pasukan.





















Sekali lagi tahniah dan syabas di atas komitmen semua pihak menjayakan program ini. Juga terima kasih kepada seluruh pihak penaja di atas kesudiaan memberi sumbangan ikhlas bagi menyempurnakan majlis pada hari ini.


Untuk aksi-aksi lebih extreme. Tunggu dalam nextt posting....U all Memang Best Gilerrr!!!! 

1 comment:

Anonymous said...

http://www.xtremesportre.com/mtb-wa-ha-challenge-2011

Assalamualaikum.. boleh ajak geng2 join ok :)