Pages

Tuesday 9 August 2011

UMK JAMBOREE BERBASIKAL 2011

BANNER JAMBOREE

UMK MTB Jamboree Berbasikal 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Rider-Rider Semua.

BAHANG sambutan Majlis Konvokesyen Pertama UMK mula terasa buat seluruh staf dan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang hanya tinggal beberapa minggu lagi.

Bagi memeriahkan sambutan itu, UMK Mountain Bike Club (UMK MTB Club) dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan Darul Naim, menganjurkan Jamboree Berbasikal Sempena Konvokesyen Pertama UMK yang menawarkan pelbagai hadiah dan cabutan bertuah yang menarik kepada pemenang.

Jamboree pertama anjuran UMK ini berlangsung pada 16 September 2011 (Jumaat), di Kampus Bachok, Tangok, Kelantan bermula 7.00 pagi – 12.00 tengahari dan pastinya bakal menarik seramai mungkin rider-rider seluruh Malaysia. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Ogos 2011.

Penyertaan ini terbuka kepada semua golongan dalam tiga kategori iaitu Fun Ride Fixie, Road Bike Race dan Mountain Bike (MTB). Pertandingan itu juga diharap dapat menaikkan semangat rider-rider masing-masing di samping mendapat kepuasan maksima.



Objektif

Secara ringkasnya Jamboree Mountain Bike Club (UMK MTB Club) ini adalah hasil cetusan idea seluruh ahli-ahli dan rakan mtb lain yang berusaha untuk mengumpulkan semua kelab MTB yang berminat untuk menyertai aktiviti berbasikal bukit (mountain bike). Sehingga kini UMK MTB Club telah  menjalankan pelbagai aktiviti dan menyertai kejohanan serta jamboree.

Objektif penganjuran UMKMTB Jamboree ini satu usaha untuk melakukan gaya hidup sihat dan membina ikatan persahabatan akan memberikan motivasi yang tinggi untuk ahli kelab dalam aktiviti lasak. Pelbagai aktiviti telah disusun rapi untuk menjayakan pertandingan yang menggalakkan gaya hidup sihat ini untuk menarik lebih ramai ahli dikalangan staf dan pelajar.


Selain itu, objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat jati diri di kalangan ahli kelab UMK MTB Club supaya sentiasa sedia menyumbang khidmat kepada Universiti. Menerusi pertandingan ini ahli dapat mewujudkan sifat berpasukan di dalam diri setiap ahli kelab supaya  lebih bersatu, kuat dan mampu bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dilakukan dalam pasukan.

Malah, penganjurannya dijangka berjaya menarik minat orang ramai untuk menghangatkan lagi pesta konvo sempena Konvokesyen UMK yang pertama.


Lokasi

Mungkin ramai yang belum tahu di mana letaknya kampus UMK, Tangok, Bachok. Ia merupakan kawasan pembangunan baru kampus UMK yang bakal beroperasi secara sepenuhnya pada september ini. Cara paling mudah menuju ke sini dengan menggunakan laluan pantai Irama, Bachok dan laluan Gunung, Bachok.

Trek yang kami sediakan mengikut kategori iaitu Fun Ride (Fixied Bike) sejauh 28 kilometer, Road Bike Race sejauh 60 kilometer dan Moutain Bike sejauh 30 kilometer. 

Bagi memudahkan peserta, kami akan menyediakan sarapan pagi bersama goodies sebelum perlepasan. Perlepasan akan di jalankan 7.30 pagi tepat dan peserta juga disediakan makanan tengahari sebaik sahaja semua rider menamatkan kayuhan.

Peserta di minta menunggu sehingga acara akhir untuk cabutan lucky draw yang menyediakan pelbagai hadiah, menarik yang akan di paparkan pada blog kami sedikit masa lagi.

Semua acara dan aktiviti yang telah dijadualkan akan di jalankan di kampus Tangok, Bachok, Kelantan. Segala urusan berkaitan dengan Jamboree seperti pendaftaran, perlepasan dan penamat akan di jalankan di sini. Semua rider tidak perlu gusar untuk parking kereta kerana pihak penganjur menyediakan parking kereta luas dan mudah. Kemudahan untuk solat Jumaat, peserta boleh menunaikannya di masjid berhampiran  berjarak kurang 1000 meter dan 2 km dari tapak Jamboree.

Borang Penyertaan


Print Borang & Syarat


Urusetia Pentadbiran -

UMK MOUNTAIN BIKE CLUB
d/a Perpustakaan
Universiti Malaysia Kelantan
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu
Kelantan

Phone :  09 771 7184 (En. HairulAdzhar)
Fax     :   09 771 7182
Email  :  adzhar@umk.edu.my


Cara Bayaran :  Yuran Penyertaan
Bank in yuran penyertaan ke Akaun BSN (Sila Hubungi Pihak Urusetia)
Anda boleh memilih samaada ingin menggunakan borang Pendaftaran atau on-line registration.Bukti Bayaran boleh di hantar samada melalui fax, sms atau email.


Kaedah Fax:

Jika menggunakan borang penyertaan, Faxkan borang,bank in slip beserta nama dan no IC ke 09-771 7182. Untuk online registration faxkan bankin slip beserta nama, no IC sahaja dan no.plate (sekiranya ingin menempah no.plate)
Kaedah email:

emailkan 3rd party online transfer receipt/receipt bank-in atm machine/bsn transfer beserta nama, no IC ke email berikut:
email :adzhar@umk.edu.my


Pengesahan bayaran/pertanyaan sila call:

sms/call: 019 948 3000 (ADZHAR), 010 800 9499 (PEJA), 012 901 7654 (AIMAN)

Pernyertaan dan Bayaran Berkumpulan:

Kaedah sama seperti di atas Bayaran berkumpulan, sila faxkan bank in slip jumlah bayaran beserta senarai nama ahli, no IC dan nama kelab

Semak status bayaran dan no plate di senarai nama peserta di http://umk mtbclub.blogspot.com

Simpan bukti bayaran untuk semakan semasa pendaftaran dan penyerahan "goodies"

 Sekian, semoga kita berjumpa UMKMTB Jamboree Berbasikal 2011.

Salam Jamboree





UMK MTB Club Lakar Sejarah di Kejohanan Sukan Staf IPTA 2011 Melaka


Kontroversi! Selepas penyertaan pertama Kejohanan Berbasikal Sukan Staf IPTA 2011, UMK melakar sejarah pertama dengan meraih pingat gangsa dalam kategori senior dan veteran biarpun dilanda kontroversi namun kemenangan ini mencetuskan semangat baru buat ahli Kelab MTB Club sebaik sahaja diumumkan pemenang.

Tahniah buat pasukan veteran diketuai oleh En. Aziz, En Fahmi dan Bapak Arham serta pasukan senior yang dibarisi Ustaz Ikram, Shamsul Maarif, Bapak Donny dan En. Khir yang menunjukkan energi luar biasa sepanjang perlumbaan sejauh 20 kilometer.




Secara ringkasnya, penubuhan UMK MTB Club ini adalah hasil cetusan idea seluruh ahli-ahli dan rakan mtb lain yang berusaha untuk mengumpulkan semua kelab MTB yang berminat untuk menyertai aktiviti berbasikal bukit (mountain bike). Sehingga kini UMK MTB Club telah  menjalankan pelbagai aktiviti dan menyertai kejohanan serta jamboree.

Klinik Basikal Persediaan ke SUKUM 2011